Skip to main content


Kalau disebut gula-gula White Rabbit, sudah pasti ramai yang tidak tahu bagaimana rupa gula-gula itu. Tetapi jika ditunjuk plastik gula-gula tersebut, korang pasti akan kata, oh gula-gula yang boleh makan sekali dengan plastik. Betul tak? Menggamit kenangan dan nostalgia tapi selepas tahu kebenaran status halal produk tersebut sedikit tersentak.

Isu ini mungkin sudah pernah viral suatu ketika dahulu, namun yang paling menyedihkan masih ramai lagi yang tidak mengetahui status sebenar halal atau tidak produk ini. Dan masih ramai lagi pengguna islam yang masih tidak cakna dan masih terus membeli produk-produk seperti ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bovine dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

Semoga kita lebih berhati-hati dalam pemakanan dan penggunaan harian demi anak-anak dan keluarga tersayang. Pastikan ada logo halal Malaysia. Baru lah yakin halal dan baik

 

Leave a Reply