Hukum Makan Landak
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Landak ialah haiwan yang mempunyai bulu yang panjang, lembut dan duri yang kuat keras di belakang, sisi dan ekornya. Duri landak adalah bulu kejur yang panjang, tajam yang bercantum (tumbuh bersama). Landak mempertahankan dirinya dengan menyerang musuh dengan ekornya yang berduri.
Mengenai hal ini, terdapat kaedah menyebutkan bahawa hukum asal yakni dalam menentukan status halal bagi suatu haiwan darat itu adalah harus dan halal dimakan selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya.
landak termasuk dalam haiwan yang halal untuk dimakan sebagaimana pendapat jumhur ulama. Selain itu landak merupakan makanan yang dianggap baik-baik dan tidak dianggap jijik, sama ada oleh orang Arab mahupun masyarakat Islam di dalam negara kita.