Skip to main content

Tapai Ada Alkohol? Boleh Ke Makan?

Bila bercakap mengenai tapai, mesti ramai boleh terbayang keenakkan makan ini. Tapi sering menjadi persoalan tentang kandungan alkohol yang terhasil dari proses fermentasi ini. Apakah kandungan dan bagaimana tapai dihasilkan? Proses pembuatan tapai terhasil daripada sumber kanji seperti nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu yang dicampur dengan ragi. Kemudian dibiarkan sekurang-kurangnya selama semalaman sebelum ianya boleh dimakan. 

Kandungan alkohol dalam tapai bergantung kepada berapa lama proses fermentasinya. Semakin lama proses fermentasi, semakin tinggi kandungan alkohol yang dihasilkan. Dalam Islam, kandungan alkohol dalam makanan tidak menentukan sama ada ia dianggap halal atau haram. Bagi makanan yang dihasilkan dari bahan-bahan yang haram, ianya tetap dihukum haram walaupun kadar alkohol dalamnya rendah. Namun, jika bahan yang digunakan dalam pembuatan makanan dihasilkan secara semulajadi (naturally fermented) atau sintetik  (synthetically produce), maka ia dianggap halal.

Ada yang berpendapat bahawa alkohol tidak perlu ada dalam makanan. Dalam penghasilan makanan, Etanol digunakan sebagai bahan untuk mengekstrak perisa, sebagai bahan pengawet, dan sebagai bahan pembasmi kuman yang berkesan untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dihasilkan. makanan atau minuman yang mengandungi alkohol sebagai bahan tambahan seperti perisa atau pewarna yang dihasilkan dari sumber yang harus, boleh dimakan selagi alkohol tersebut tidak dihasilkan dari proses pembuatan arak dan jumlah alkohol dalam produk akhir tidak cukup untuk memabukkan. Selain itu, kandungan alkohol juga tidak boleh melebihi 0.5%, minuman yang dihasilkan bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan memiliki kandungan alkohol di bawah 1% halal dan boleh diminum.

Sumber: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Leave a Reply